Khamis, 25 Disember 2014

CLOXACILLIN dan jangkitan kuman pada kulit??

Masih ingat 12 tahun lepas, masa tu dah hampir2 PMR… Naya dibuat alahan teruk kat dua2 kaki ni sampai terpaksa merangkak kalau nak kemana2! Berlanjutan pulak sampai ke exam PMR. Naya memang naya masa tu. Sakitnya Tuhan je tau…

OK selepas 11 tahun recover dari sakit tu (ambil masa hampir 1 tahun nak baik), sekarang dah mula jadik balik dah… Dulu sekolah boleh la lagi duduk diam je, sekarang dah tak sama. Kerja pulak memang terpaksa kesana kemari memanjat terjun tiruk tendang terajang sebagainya, memang lagi naya dari masa dulu… Masih boleh berjalan tapi dah nampak KELAINAN UPAYA sikit la gamaknye… Tapi setiap kali berjalan memang bisa die tak boleh tahan beb…~
Gara2 seharian kaki berendam air semalam… Nah! Ambek ko jajan…

Dan tak pasal2 jugaklah nama CLOXYCILLIN segar bak kembang menguntum dalam kotak fikiran ni…

Mane idoknye, dah benda alah tu la yg jadik macam makanan ruji aku setiap hari 12 tahun lepas… Hari2 mengadap maunye tak hengat ;)

Sangat perlukan ubat tu sekarang untuk cegah jangkitan kuman kat kulit ni. Dengan ubat tahan sakit sekali… Mane nak tahan macam ni. Tidur pon tak senang… Huuwwaaaaaa!!!

Doktor… Tolongggg… boleh dapat free tak kalau datang mintak rawatan kat U? hahahaaa…

Hadooiiiiii…!!! Tersepak dinding pulak!!!

Aku rejam jugak dinding ni kang!
(dinding tak salah…dinding2 tak salah…)


Rasanya macam lain sikit kaler die… Yang kelabu tu rasenye dulu kaler kuning cair…~

Isnin, 17 Mac 2014

Perempuan Naik Kepala??

Post ni aku cuma share je. Ambil dari sorang rakan FB.. Susah nak explain tp sedikit sebanyak bolehlah terangkan apa yg selalu bermain kat kepala ni. Sama-samalah kita baca dan fikirkan =) ~~~

LELAKI ?sering kite dengar tentang sifat dan keburukan
seorang lelaki dari seorang wanita ,bila sebut tentang
CURANG ! lelaki . MAIN KAYU TIGA ! lelaki . PENIPU !
lelaki . MENCABUL MARUAH ! lelaki . PERAMPAS DARA !
lelaki . TETAPI , para lelaki , kurang bercakap tentang
wanita . seperti wanita post sana . post sini . seolah-
olah . LELAKI ini terlalu buruk sifatnya ! MACAM laa ,
wanita itu tidak curang , menipu , main kayu tiga ,
perampas hak orang ,pengoda yang paling handal ! dan
sebagainya ! MARAH ! apabila terdengar wanita dicabul
maruahnya ! irogol ! ditipu oleh kekasihnya ! WAH !
wanita mula marah ! lelaki ini celaka ! lelaki ini tidak
boleh dipecayai ! INGAT ! lelaki ini bukan nabi dan rasul
yang kuat imannya . yang tinggi
akhlaknya . yang suci sepenuhnya! LELAKI ini manusia
biasa wahai wanita ? yang mudah tergoda dengan
kecantikanmu.ada lelaki yang baru ingin berubah , lalu
kecundang kerana godaan kamu wanita ! CERITAKAN !
wanita mana yang dirogol ? wanita mana yang ditipu ?
wanita mana yang daranya dirampas ? *-*-*-*-*-*-*-*-*-
*-** !! adakah wanita yang berjubah labuh ? adakah
wanita yang bertudung labuh ?adakah wanita yang tidak
keluar bebas diwaktu gelap ? adakah wanita yang taat
kepada ibu bapa ? adakah wanita yang kuat sifat
malunya ?jarang didengar wanita ini diperkosakan ,
wanita ? JADI ! jangan keluar kenyataan seperti orang
yang sempit akalnya . jangan bercakap seperti kamu tidak
kesekolah sebelum ini .jangan bercakap seperti lelaki itu
takut kepada ahklakmu . KEMUDIAN ! wanita pandai
membalas pula ?lelaki sepatutnya melindungi
wanita .lelaki sepatutnya memelihara wanita . lelaki
sepatutnya berlembut dengan wanita . WAHAI WANITA ?
sebelum lelaki melindungimu ! adakah kamu melindungi
auratmu ?sebelum lelaki memeliharamu ! adakah kamu
memelihara ahklakmu ?sebelum lelaki berlembut
denganmu . adakah kuat sifat malu kamu wanita ?
INGATLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ,SAMA-SAMALAH
KITA SALING MEMBETULKAN KESILAPAN KITA .SAMA-
SAMA MENJAGA AHKLAK KITA .SAMA-SAMA
MENASIHATI .pesan NABI MUHMMAD S.A.W."SEBAIK-BAIK
WANITA ADALAH YANG TIDAK DIPANDANG, DAN
MEMANDANG"

Ahad, 16 Mac 2014

Hujan Rahmat

Alhamdulillah... Terima kasih Allah. KAU berikan nikmat dan limpahan rahmat-Mu setelah sekian lama masanya KAU uji hamba-MU di dunia pinjaman-MU ini.

Sejak pagi sampailah waktu tulisan ni aku hasilkan, tak berhenti turun nikmat Allah ni. Walau tak selebat mana tapi Alhamdulillah dgn izin-Nya dimakbulkan jugak doa mohon diturunkan hujan.

Dengar cerita banyak lagi tempat2 lain pon dah turun hujan sejak awal pagi ni (khasnya negeri Johor). Memang lega la rasa. Udara pon rasa segar je. Mata pon tak gatal2 lagi. Wahhh macam iklan ubat pulak.

Mudah-mudahan hujan yg turun ni terus membawa rahmat utk sekian alam ni. Kegersangan betul tengok tanah2 dan pokok2 sejak sebulan lebih ni. Dan dgn hujan yg turun ni harap membawa rahmat dan berita baik gak utk MH370 yg hilang tu...

Sama2 berdoa...~

Jumaat, 14 Mac 2014

MH370 Ditemui???

Aku macam ikut sekali misi mencari dan menyelamat MH370. Memang keadaannya macam betul2 depan.mata sendiri. MH370 dijumpai! Walaupun sedih dgn keadaan ketika dijumpai tapi rasa lega sebab terurai gak kekusutan beberapa hari ni.

Tapi (tapi lagi) apekan daya, semua tu hanya mimpi...!

Terbawa2 sampai dalam tidur. Risau mungkin. Mane tak risaunya satu dunia pon risau. Bila bangun aku jadi tercengang2, mana kapal tadi? Mana orang tadi? Semua dah takde depan mata. Mimpi laaa... Mana la nak ada...

Takpela. Masih berharap misteri dapat dirungkai dalam masa terdekat ni. Moga semua berjalan lancar dan baik2 aje...

#pray4mh370

Khamis, 13 Mac 2014

Mencari Yang Hilang

Berkulat balik la blog aku ni. Memang takde bakat nak membela blog lansung aku ni...Takpe lupekan...

Kecoh beberapa hari pasal "hilang"nya MH370 pesawat MAS tu. Sibuk berapa banyak kapal, pesawat, negara, dan tak kurang gak tenaga yg terlibat.

Tapi aku masih sendiri lagi mencari seseorang yg "hilangkan" diri dari aku. Sampai sekarang tak jumpa. Sehabis baik "bakat" mencari ni aku guna tapi tetap tak jumpa.

Takpe aku yakin kalau tak putus asa aku akan jumpa gak dia. Sabar jela. Ada sinarnya akan datang ni.. :)

Lepas mendung suram berlalu diakhiri bah, kini aku kembali menyusun langkah baru demi kehidupan mencabar yg mendatang...

"Z"..! Mu tunggu aku dtg!

**Mendoakan semoga lekas-lekaslah terungkai misteri kehilangan MH370**

Rabu, 28 November 2012

Hujan Lagi Petang-petang Hari

Alhamdulillah rahmat namanya ni. Tapi balik kerja pastinya kuyup. Al-Maklumlah bawak kereta jauh sekali. Motosikal jenis honda vawe125 '2stroke  dijana enjin berkuasa diesel' 2 jela yang ade... Alhamdulillah jugaklah dari takde lansung kan. Dalam hati berkata bila lagi aku mampu nak pakai kereta sendiri. Ape pon bersyukur dengan apa yang ada bak kata housemate aku (boleh gitu?).

Buat yang berkenaan tu harap2 dengarlah rintihan hati ni. Penyiksaan yang entah bila berkesudahan. Faham2 sendiri sudah la kan..?heehheeeee

Berkaraoke dgn kawan2 merupakan salah satu terapi yg berkesan untuk menghilangkan ke'boring'an yg memang sentiasa berlanjutan setiap hari ni. Jadi, balik kerja ni ayuhlah kita berkaraoke... ;)
yeehaaaa...yeehhaaaaaaaaa!!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

Transformers 3 : Dark of The Moon

Fuh kalau nak ckp mmg TERBAEK! la filem ni. Slow sikit dari filem yg lepas tp mmg cukup puas hati dan berbaloi-baloi...hahahaaaa
Tak rugi gak la RM11.00 yg dilaburkan kalau dihidangkan dgn kualiti filem yg cam tu. 2jam 30minit. Dgn grafik dan aksi yg mcm 2, baru la kena dgn harga. =) Memang jauh beza dgn filem2 kat Malaysia ni tapi memang patut la dengan modal dan teknologi.
Cakap banyak pon tak guna la. Sape2 yg belom tgok filem ni aku sarankan pergi la tengok. Dijamin pasti puas hati...(walaupon aku & kawan2 terpaksa menanggung sakit tengkuk & pinggang ;p) heheheeee.....