Isnin, 29 Disember 2008

Cuti

Cuti...? Ramai cakap cuti tu best, cuti tu syok, cuti tu rehat, dan macam2 lagi la... Tapi tak kurang yang cakap cuti tu boring, tak tau nak buat ape, dan macam2 lagi. Bagi aku cuti 2 cuti la. Yang penting cuti... hehe... Sekarang dah mula cuti. Dah seminggu pon. Cuti kali ni aku asyik merayap je. Hajat dihati nak berkunjung ke rumah kawan2 lama tp tak dapat semua pulak. Kebanyakannya dah abis cuti awal. Tak best betol la... Cuti tak sama pulak. Tinggal lah aku dengan beberapa ketul member yang sama cuti dgn aku ni. Agak bosan gak cuti bila kawan2 ramai takde. Masa ni la dok fikir supaya cepatlah masa berjalan. Nak kembali semula belajar dan jumpa kawan2 kelas. 2 minggu lagi harap2 ada pengisian yang bagus dan tak memboringkan. Ape pun selamat kembali belajar kepada semua rakan2 ku yang sudah/akan memulakan semester baru sesi 2009. Good Luck tok korang ye...=)

Jumaat, 19 Disember 2008

Hari Terakhir Seorang BART!


Dalam kenangan - Bart (baju biru)-


Hari ni berakhir sudah demam peperiksaan (final exam) bagi sesi 2/2008 -walaupun memang ramai yang demam sampai semalam kena sembur lg asrama ni bagi halau nyamuk-. Hari ni menyaksikan bermacam-macam peristiwa lain berlaku selain merdekanya peperiksaan bagi semua penuntut kat sini. Ada yang gembira sebab dapat balik kampung (lebih2 lagi yang tinggal jauh), ade yang suka sebab akan meninggalkan apa yang mereka gelar "penjara" ini, tak kurang juga yang berlinang air mata maratapi perpisahan sesama sendiri kerana tamat tempoh pembelajaran di sini setelah beberapa lamanya berkongsi suka duka, gelak tawa. Tapi bagi kami, student Teknologi Komputer (Rangkaian) 1/2008 pula menyaksikan kehilangan seorang lagi classmate yang merupakan classmate ke-7 meninggalkan kami setelah Bear, Azwa, Fiza (sekarang sem 1 semula), Loo, Hanif (MMU), dan Fatin (UiTM) dari 31 orang pada asalnya. Dan kini seorang lagi mengikut jejak langkah serupa Hanif & Fatin, Brat @ Badrul Hisyam atau nama sebenarnya Mohd Shafiq bin Mohd Noh kerana mendapat tawaran ke Politeknik untuk Diploma Pengaturcaraan Komputer (Sistem) di Politeknik Seberang Perai. Pelbagai reaksi dari rakan2 kelas dan yang paling ketara, semua merasai pemergian Bart walaupun selama ni dia lah yang buat orang sakit ati, dia lah juga yang buat orang tak puas hati, buat bising dan lain2 lagi "perbuatan sumbang" yang dilakukannya selama di sini, tapi dia juga lah yang buat kelas kami "gamat" dan "hidup". Kepala otak yang boleh pakai dan macam2 lagi lah. walau apa puncerita yang keluar kat sini, kami semua nak ucapkan selamat maju jaya dan selamat menempuh alam pembelajaran yang baru. Selama 3 tahun kat sana, jangan lupa kami ye Bart...hehe(^,^) Dan aku pun nak ambil kesempatan kat sini nak minta maaf jika ada apa2 pun kesalahan aku pada kau Bart. Ape pon, GAMBATE!!! dari kami...

Rabu, 10 Disember 2008

Kembali...

Masa untuk merapu dah tiba... Sebelum ni punya susah nak dapatkan all-access internet cam sekarang ni, hari ni ade gak peluang. Dalam bilik agak membosankan lebih2 lagi bila tengok kawan2 nyenyak tidur dan aku tak buat ape2... Final exam tinggal minggu depan je, aku pon tak tahu sejauh mane persiapan dan persediaan aku. Yang penting, buat je yang terbaik aku boleh buat nanti. Harap kepada semua yang mengenali aku, doa2 kan lah untuk aku ye...(untuk kami student2 kat sini...)