Jumaat, 27 Februari 2009

MANIS + PAHIT + MASIN + ..... = MACAM-MACAM RASA

Rasa cam nak ketawa, cam nak senyum, cam nak dok diam2 je tak buat ape2, cam boring pon ade, cam nak marah, nak jerit, nak makan banyak2, nak macam2 lagilah...!
Apa yang sebenarnya terjadi kepada diri ini...? Adakah aku telah dijangkiti wabak MAMA'A (macam2 ada)...? ahhh....mussykil sungguh aku...

Ewan, ko nak aku buat blog tok x-ASMKTA? Tengok la nanti camne ye. Blog aky ni sendiri aku jarang2 nak update. Tunggulah aku ada masa tol2 lapang tanpa sebarang kerja ditambah dengan internet 24jam disampingku dan pelbagai faktor lain yang boleh membantu aku buat semua tu dengan lancar dan berkesan ok... Kalau ada aku inform kat ko e bro.

Khamis, 12 Februari 2009

KERJA vs TUGAS

Alhamdulillah aku masih lagi diberikan ruang dan masa untuk menulis di sini. Sekarang hampir tak berkesempatan nak buka blog ni pun... Mana taknya, dengan tugasan yang kian bertambah, digandakan lagi dengan kerja amali yang lain dan dicampur aduk bersama dengan tugas yang baru je diberikan semalam (kena pulak jadi Biro Aktiviti tok course yang aku ambik ni), jadi bertambah berserabutlah kepala ni dengan bermacam2 pengisian dan hampir tak dapat nak bezakan mana satu tugas dan mana satu kerja.

Jadi sekarang berkejar2 lah diri ini kesana kesini. Dalam masa yang sama masih buat2 macam takde apa2 je berlaku. Malas sebenarnya nak pikul tanggungjawab apa2 sem ni tapi dah terpaksa. Keputusan muktamad (bunyinya macam zalim...hehe). Memandangkan pointer lepas turun dari 3.72 (sem lepas) kepada 3.67 (sem ni), maka dengan itu dukacitanya dimaklumkan kepada diri ini sendiri yang aku terpaksa bekerja lebih lagi untuk menten pointer (target nak sambung lagi...) dan tambah lagi nak kena cari tempat praktikal. SAKIT KEPALA!!!

Tapi rileks... Aku masih ada masa. Kawan2 harap2nya dapat bantu aku. Aku tak dapat nak buat semua ni sorang2. Kawan2 penting... Tolong ye semua...heheheeee

Sabtu, 7 Februari 2009

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA...?

Gempar gak bila dengar berita si Karpal Singh (The Unthankful-man) 2 boleh nak menyaman sultan Perak. Agaknya dia dah gila atau nyanyuk kut. Atau die dah takbur sangat sampai semua benda kat Malaysia ni die nak bangkang. Kalau ye pun, beringatlah sikit wahai kamu... Memang dah namanya tak tahu nak berterima kasih sungguh die ni. Selayaknya die ditinggalkan di bumi Israel bagi berkawan dengan Yahudi (laknatullah). Entah apa lah agenda dia sampai kesitu sekali perbuatannya. Kalau rasa nak buat undang2 sendiri, bagus dihantar je ke Pulau Pisang biar dia buat negara sendiri kat sana. Semua orang salah macamlah dia betul semua! (geram pulak aku ni)

Kadang terfikir kenapa begitu beraninya makhluk yang sorang ni nak "melanggar" undang2 dan institusi raja di negara Melayu ni. Mungkin sebab dia (mereka) ni diberi banyak sangat keistimewaan sampai lupa untuk berterima kasih apatah lagi nak menghargai. Yang peliknya, macam manalah "kerabat" dia yang sama2 "bersetongkol" dengan dia ni boleh "kabur mata" melihat semua ni??? Adakah dia nak menjadikan negara Malaysia ni macam negara yang mudah diperkotak-katik? Parah gak bila Malaysia ni dah banyak melahirkan intelektual yang dah terlebih pandai macam dia ni.

Apa yang penting sekarang ni, bangunlah Melayu... Bangkit... jangan biarkan kedaulatan yang kita pertahankan selama ni tumbang dek "penumpang" seperti dia ni...

Rabu, 4 Februari 2009

Faedah Solat Berjemaah

Diambil ketika kuliah maghrib 2/2/09 lepas. Tak sempat nak tulis (sbb tak bawak apa2 alat tulis pun) jadi aku taip je kat handphone aku. Gunakan teknologi terkini dengan sebaik mungkin..(hehe...) Sebegaimana kita semua maklum, solat berjemaah akan diberi ganjaran 27 kali berbanding solat bersendirian. Tapi dalam pada itu, kelebihannya jauh lebih banyak berbanding ganjaran yang telah dijanjikan. Ini antara beberapa kelebihan atau faedah solat berjemaah yang sempat diberi penceramah hari itu untuk dikongsi bersama :

FAEDAH SOLAT BERJEMAAH
1. Dapat kelebihan menjawab azan dan dapat berniat bersama jemaah lain
2. Kelebihan untuk pergi pada awal waktu
3. Berjalan (pergi) ke masjid dengan ketenangan (tak perlu berebut dan kelam-kabut)
4. Masuk masjid dengan doa dan kaki kanan (bila tidak tergesa-gesa)
5. Dapat melakukan solat sunat tahhiyatulmasjid
6. Dapat menunggu solat berjemaah (pahala tetap berjalan selama mana dia berada/menunggu di dalam masjid itu)
7. Malaikat berselawat keatasnya
8. Malaikat menjadi saksi untuknya pada hari kiamat
9. Selamat dari syaitan apabila dia lari (mengejar jemaah) semasa iqamah dilaungkan