Alhamdulillah aku masih lagi diberikan ruang dan masa untuk menulis di sini. Sekarang hampir tak berkesempatan nak buka blog ni pun... Mana taknya, dengan tugasan yang kian bertambah, digandakan lagi dengan kerja amali yang lain dan dicampur aduk bersama dengan tugas yang baru je diberikan semalam (kena pulak jadi Biro Aktiviti tok course yang aku ambik ni), jadi bertambah berserabutlah kepala ni dengan bermacam2 pengisian dan hampir tak dapat nak bezakan mana satu tugas dan mana satu kerja.
Jadi sekarang berkejar2 lah diri ini kesana kesini. Dalam masa yang sama masih buat2 macam takde apa2 je berlaku. Malas sebenarnya nak pikul tanggungjawab apa2 sem ni tapi dah terpaksa. Keputusan muktamad (bunyinya macam zalim...hehe). Memandangkan pointer lepas turun dari 3.72 (sem lepas) kepada 3.67 (sem ni), maka dengan itu dukacitanya dimaklumkan kepada diri ini sendiri yang aku terpaksa bekerja lebih lagi untuk menten pointer (target nak sambung lagi...) dan tambah lagi nak kena cari tempat praktikal. SAKIT KEPALA!!!
Tapi rileks... Aku masih ada masa. Kawan2 harap2nya dapat bantu aku. Aku tak dapat nak buat semua ni sorang2. Kawan2 penting... Tolong ye semua...heheheeee
Khamis, 12 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan