Rabu, 4 Februari 2009

Faedah Solat Berjemaah

Diambil ketika kuliah maghrib 2/2/09 lepas. Tak sempat nak tulis (sbb tak bawak apa2 alat tulis pun) jadi aku taip je kat handphone aku. Gunakan teknologi terkini dengan sebaik mungkin..(hehe...) Sebegaimana kita semua maklum, solat berjemaah akan diberi ganjaran 27 kali berbanding solat bersendirian. Tapi dalam pada itu, kelebihannya jauh lebih banyak berbanding ganjaran yang telah dijanjikan. Ini antara beberapa kelebihan atau faedah solat berjemaah yang sempat diberi penceramah hari itu untuk dikongsi bersama :

FAEDAH SOLAT BERJEMAAH
1. Dapat kelebihan menjawab azan dan dapat berniat bersama jemaah lain
2. Kelebihan untuk pergi pada awal waktu
3. Berjalan (pergi) ke masjid dengan ketenangan (tak perlu berebut dan kelam-kabut)
4. Masuk masjid dengan doa dan kaki kanan (bila tidak tergesa-gesa)
5. Dapat melakukan solat sunat tahhiyatulmasjid
6. Dapat menunggu solat berjemaah (pahala tetap berjalan selama mana dia berada/menunggu di dalam masjid itu)
7. Malaikat berselawat keatasnya
8. Malaikat menjadi saksi untuknya pada hari kiamat
9. Selamat dari syaitan apabila dia lari (mengejar jemaah) semasa iqamah dilaungkan

Tiada ulasan: