Sabtu, 27 September 2008

Selamat Menyambut Aidilfitri

Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan. Dulu kecik2 rase kalau dah nak hujung puasa tu makin lambat masa berlalu. Tak sabar rasa nak beraya. Tapi bila dah besar2 ni, dah tau apa itu "puasa" dan "ramadhan", terasa sayang pulak nak lepaskan bulan ni. hehe

Setelah sebulan berperang dengan nafsu (syaitan mane ade kan, kena belenggu...), akhirnya sampai gak ramadhan ni ke penghujungnya. Hari kemenangan bagi kita, orang Islam... Pelbagai dugaan dan cabaran kita hadapi dalam bulan ni. Di awal pagi lagi sepatutnya masa orang tidur, kita dah kena bangun untuk bersahur (awal sikit je,pas 2 dah boleh subuh pon). Kemudian siang kena tahan lapar dan dahaga, bukan tu aje, yang paling susah nak dijaga selain perut, mata, tangan, telinga, kaki, mulut dan lain2 lagi. Kemudian masa rehat kita waktu malam kena pulak gantikan dengan terawikh dan 10 malam terakhir kena pulak habiskan masa tidur untuk beribadah (nak cari lailatul qadar). Memang susah nak buat tu semua tapi semua tu ada hikmahnya. Apa yang Allah dah syariatkan kepada umat manusia pastinya ada kebaikannya. Untuk kita gak...=)

Aidilfitri yang menjelang ni, sebagai hadiah untuk kepada umat Islam untuk bergembira dan bersukaria setelah melalui Ramadhan. Jadi bersuka-rialah kita di Aidilfitri tanpa melupakan "yang tiada".

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA...

Rabu, 24 September 2008

Cerita Ikan...(2)

Hui...ni ade sikit explaination tok cerita ikan kat bawah ni tadi ye... Sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan cuma tentang kehidupan. Dari mula kita di alam ruh, ditiupkan kita ke dalam jasad yang kita huni sekarang, kemudian kita melalui alam rahim seterusnya alam dunia (yang kita lalui sekarang) dan kemudian alam kubur (barzakh), hinggalah alam akhirat nanti... Terlalu banyak yang kita telah dan akan tempuhi tapi janganlah termakan dengan pujuk rayu syaitan yang sentiasa cuba untukmenyesatkan kita... Jadi nak dipendekkan cerita janganlah kita jadi macam ikan yang tak dengar nasihat tu. Akhirnya menyesal sendiri... Fikir2kanlah ye...hehe

Jumaat, 19 September 2008

Cerita Ikan...

Kisah Ikan ni diilhamkan daripada ceramah perdana yang aku ikuti sempena Nuzhul Al-Qur'an malam semalam. Mungkin ade yang dah biasa dengar, aku pon dah biasa sangat dengar kat mane2 ceramah, motivasi dan macam2 lg tempat yang pernah disertai. Tapi kali ni, terfikir pula nak buat cerita ni jadi lain sikit je dari versi asal. Tujuannya supaya dapatlah paling tak pon membuat otak berfikir dan mengambil nilai2 positif dari cerita ni. Ceritanya begini :-

Kisah sekumpulan IKAN yang tinggal dalam satu lautan yang sangat luas bersempadan antara Selat Melaka dan Lautan Hindi (yek2 je aku ni...hihi). Kawasan tu sangatlah terkenal sebagai kawasan popular bagi nelayan laut dalam mendapatkan hasil tangkapan mereka (ikan la ape lagi) setiap hari. Semakin hari semakin banyak la ikan2 yang ditangkap sehingga menimbulkan kebimbangan dikalangan penduduk2 ikan yang menghuni kawasan itu.

Satu hari, mereka berkumpul untuk membincangkan tentang masalah tersebut (pandai ikan2 ni ye...). Dalam perbincangan itu, dalam kalangan ikan2 yang pelbagai 'bangsa' tu, ada lah seekor ikan yang cerdik. Ikan yang cerdik tu berkata kepada semua jenis ikan tersebut supaya berhati-hati dengan "jerat" yang telah manusia ciptakan untuk mereka di alam daratan di "atas" sana. Jika mereka ternampak makanan yang berada dan terapung2 di permukaan lautan, jangan dimakan makanan tersebut kerana makanan tersebut merupakan "umpan" dari manusia untuk mereka. Didalam makanan itu ada satu alat yang dinamakan "mata kail" dania diikat dengan tali halus yang tidak dapat dilihat oleh mereka. Ia diikat pada satu batang kayu yang dinamakan "joran" dan dipegang oleh "manusia" diatas sana [eh,ada pulak nelayan laut dalam tangkap ikan guna joran...?takpelah ni cerita aku,suka hati aku lah nak cerita macam mana pon...hik3x;p]. Apabila terjerat. mereka akan diangkat ke atas dan akan "bertukar" alam dari alam lautan ke alam daratan. Apabila sampai disana, mereka akan dibawa dan dijual dipasar dan alam ini dinamakan "alam pasar".

Kemudian mereka akan dibelek2 dan kemudiannya masuk ke dalam satu bakul dan dibawa ke satu rumah dan kemudiannya diletakkan di satu sudut yang dipanggil dapur. Dan pada masa itu mereka akan berada di "alam dapur". Setelah itu tubuh mereka akan disiat2 dan dikelar2 sebelum ke dalam air atau minyak panas dan kemudiannya diletakkan di dlm mangkuk diatas meja untuk dihidangkan. Selepas mereka diratah2 dan dikoyak2, tinggallah tulang belulang sahaja dan dibuang begitu sahaja. Tidak habis disitu, mereka akan dibawa pula oleh semut2 dan dibawa ke "pengkalan" semut2 itu untuk dijadikan makanan.

Begitulah sedikit sebanyak yang diberitahu oleh ikan yang cerdik tadi. Tapi dalam banyak-banyak dari kalangan ikan itu tak semua mempercayai kata2 ikan yang cerdik itu td. Ada yang bertanya2 dan berpendapat yang bermacam2. Kemudian salah seekor ikan maju dan berkata, "biarlah aku pergi mendapatkan makanan itu, aku tak kisah sama ada umpan atau apa2 sahaja yang penting aku kenyang!" Dan kemudian ikan itu pun pergi dan memakan yang terapung2 di permukaan itu. Sekali makan, si ikan itu dengan bangganya berkata "lihatlah tiada apa2 pun yang barlaku!"(nasib baik tu...) dan kemudian si ikan itu pun pergi lagi dan akhirnya ia pun tersangkut dan ia pun diangkat keatas dan ia pun tahu lah apa yang dikatakan oleh ikan yang bijak td adalah betul. Tanpa boleh membuat apa2 lagi ia pun berkata sendiri, "alangkah bagusnya jika aku mendengar nasihat si ikan yang cerdik itu tadi..."

Isnin, 15 September 2008

RAMADHAN AL-MUBARAK

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَ

الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)


Pejam celik, pejam celik, tau2 dah pertengahan bulan Ramadhan pun. Terasa pantas dunia ini berputar dari tahun Ramadhan tahun lepas membawa ke tahun ini terasa seperti baru beberapa minggu berlalu. Apa pun saya tetap bersyukur kepada yang Maha Esa kerana masih memberikan diri ini kesempatan buat kesekian kalinya untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga dapatlah saya meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini. Dan saya juga ingin sekali mengingat kepada semua hamba-hamba Allah sama ada yang sedang, telah, mahupun yang akan membaca artikel ini (kalau ada...hehe) supaya dapatlah kita sama-sama menjalani ibadah puasa ini dengan lancar dan diredhai Allah serta diterima amalan kita di sisi-Nya.
Dan sebelum terlupa, (harap tak terlambat) saya ingin sekali memohon maaf sekiranya ada apa-apa dari perbuatan, tingkahlaku, pertuturan dan apa-apa sahaja kesalahan yang saya lakukan sama ada sengaja atau tidak kerana saya teringat kepada doa Malaikat Jibril yang meminta supaya Allah tidak menerima puasa orang-orang yang tidak bermaafan sebelum kedatangan Ramadhan dan doa itu di amin kan oleh Rasulullah S.W.T sebanyak 3 kali...!
Lihatlah betapa seriusnya perkara ini sehinggakan yang mendoakannya ialah Malaikat Jibril dan yang menga amin kannya ialah baginda Rasulullah S.W.T sendiri...! Ramai yang tidak perasan perkara ini dan mengganggap perkara yang sedemikian hanya dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri sahaja. Terima kasihlah kepada saudara saya yang mengingatkan saya tentang perkara ini (maaflah dah terlupa siapa yang berkenaan) kerana peringatan anda sungguh bermakna pada saya... Terima kasih daun keladi saya ucapkan =)
Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan dan keimanan kita di bulan yang sangat mulia ini. Semoga kita mendapat Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini. Amin.....

Jumaat, 12 September 2008

THIS IS MY WORLD...!

Assalamualaikum w.b.t
Salam untuk semua...=)

THIS IS MY WORLD...?

Sepertinya perkataan ini biasa didengar... sepertinya juga tidak membawa makna apa-apa bagi kebanyakan orang. tapi ayat itu bagi saya membawa erti yang besar...! apa lah hidup kita tanpa dunia kita kan...? setiap orang mempunyai dunia mereka sendiri. ada kegemaran mereka sendiri, ada pilihan mereka sendiri, ada imaginasi mereka sendiri, dan macam2 lagi lah. dan saya yakin semua orang mempunyai dunia mereka masing-masing yang tersendiri. begitulah saya, rasanya tanpa dunia saya sendiri dalam hidup saya, tak lah saya tergerak hati terjalan tangan untuk menulis disini. alangkah indahnya jika kita hidup didunia yang sementara ni dapat berkongi hidup masing-masing. tentu banyak pengalaman, pengajaran, iktibar,pedoman, dan tak kurang juga tauladan yang kita boleh perolehi untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya dimuka bumi ini... dan saya juga ingin sekali berkongsi kepada semua tentang dunia saya. walaupun mungkin taklah semanis, seindah, secantik dan sehebat cerita anda dan orang lain, tapi rasanya bolehlah memberi satu pengalaman dan sekurang-kurangnya untuk pengisian masa lapang...=)
semoga apa yang akan saya paparkan disini nanti dapatlah kita sama-sama kongsi ye... dan rajin-rajinkan lah "coret-coret" di sini. apa yang tak berapa nak okey harap maafkanlah ye. maklumlah kali pertama buat hasil tulisan yang sebegini. saya anggap ini sebagai percubaan sahaja. kalau maklum balas yang diterima okey, InsyaAllah saya akan meneruskan lagi tulisan saya ni.

I LIKE TO KNOW ABOUT YOUR WORLD.....=)