Isnin, 15 September 2008

RAMADHAN AL-MUBARAK

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَ

الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)


Pejam celik, pejam celik, tau2 dah pertengahan bulan Ramadhan pun. Terasa pantas dunia ini berputar dari tahun Ramadhan tahun lepas membawa ke tahun ini terasa seperti baru beberapa minggu berlalu. Apa pun saya tetap bersyukur kepada yang Maha Esa kerana masih memberikan diri ini kesempatan buat kesekian kalinya untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga dapatlah saya meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini. Dan saya juga ingin sekali mengingat kepada semua hamba-hamba Allah sama ada yang sedang, telah, mahupun yang akan membaca artikel ini (kalau ada...hehe) supaya dapatlah kita sama-sama menjalani ibadah puasa ini dengan lancar dan diredhai Allah serta diterima amalan kita di sisi-Nya.
Dan sebelum terlupa, (harap tak terlambat) saya ingin sekali memohon maaf sekiranya ada apa-apa dari perbuatan, tingkahlaku, pertuturan dan apa-apa sahaja kesalahan yang saya lakukan sama ada sengaja atau tidak kerana saya teringat kepada doa Malaikat Jibril yang meminta supaya Allah tidak menerima puasa orang-orang yang tidak bermaafan sebelum kedatangan Ramadhan dan doa itu di amin kan oleh Rasulullah S.W.T sebanyak 3 kali...!
Lihatlah betapa seriusnya perkara ini sehinggakan yang mendoakannya ialah Malaikat Jibril dan yang menga amin kannya ialah baginda Rasulullah S.W.T sendiri...! Ramai yang tidak perasan perkara ini dan mengganggap perkara yang sedemikian hanya dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri sahaja. Terima kasihlah kepada saudara saya yang mengingatkan saya tentang perkara ini (maaflah dah terlupa siapa yang berkenaan) kerana peringatan anda sungguh bermakna pada saya... Terima kasih daun keladi saya ucapkan =)
Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan dan keimanan kita di bulan yang sangat mulia ini. Semoga kita mendapat Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini. Amin.....

Tiada ulasan: