Rabu, 4 Mac 2009

PELIK? HAIRAN? MENGAPA? ANEHNYA? LUCUNYA?....

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Jika kamu membaca dua kalimah syahadah dengan sekali keyakinan sahaja, Syurga akan menanti kamu."

Rasulullah S.A.W. Bersabda :
“Seorang wanita yang membuka auratnya atau bahkan mengenakan pakaian yang ketat, tidak akan mencium wanginya syurga selama lebih dari 500 tahun"

Rasulullah S.A.W. Bersabda :
“Debu yang menempel pada diri seorang lelaki ketika keluar di jalan Allah, tidak hanya api, tapi asap neraka diharamkan untuk seluruh bahagian tubuhnya.”

Rasulullah S.A.W. Bersabda :
“Aku hanya mengutuk 3 jenis orang”
1. Orang yang tidak menjaga orang tua mereka ketika tua
2. Orang yang tidak mengambil hikmah dari bulan ramadhan yang diberkahi
3. Orang yang tidak mengucapkan,'Sallallahu -Alaihi- Wa-Aalihi Wasallam' ketika namaku disebutkan.“

Rasulullah S.A.W Bersabda :
“Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian

Hairan ya.. Betapa mudahnya orang mengabaikan Allah... Dan mereka terhairan – hairan bagaimana dunia menjadi hancur

Mengapa ya.. Kita percaya apa yang tertulis di Al-Qur’an.. tapi mempersoalkan yang tertulis di dalamnya”

Anehnya... bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan, tetapi… mereka tidak mempercayai, berfikir, berkata, atau melakukan apapun yang tercantum di dalam Al-Qur’an”

Pelik ya… bagaimana orang bisa berkata ‘Aku percaya Kepada Allah’..tapi masih mengikuti syaitan (…..yang juga percaya kepada Allah)

Lucu ya.. Kita bisa mengirim ribuan ‘lelucon’ melalui e-mail dan mereka menyebar seperti api.. Tapi ketika kamu mulai mengirim pesan tentang Allah, orang – akan berfikir 2 kali untuk menyebarkannya…"

Aneh kan?

Aneh ya, bagaimana orang begitu berbondong – bondong setiap hari Jumaat mengingat Allah...tetapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya”

Hairan ya… bagaimana kita bisa lebih bimbang akan apa yang orang pikirkan tentang kita...daripada apa yang Allah fikirkan tentang kita”

Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun

ALLAHU AKBAR Allah Maha Besar

Selama 60 detik kedepan, hentikan apapun yang anda kerjakan, dan ambil kesempatan ini.(hanya memerlukan 1 minit) yang harus anda lakukan adalah sebagai berikut: panjatkan doa untuk seluruh kaum muslim yang mengirimkan anda pesanan ini.

Allah berfirman, “jika kamu malu terhadapku, aku akan malu terhadapmu”

Isnin, 2 Mac 2009

5 SET STRAIGHT...!

"Fuh! Nak kate ape lagi kalau dah bola berdesup2 lalu sebelah muka... Buku bertemu ruas. Friendly ngan abang2 polis memang cukup mengerikan dan memberi pengajaran berguna utk memajukan lagi diri..."

Apa yang dikatakan kat atas tu sebenarnya tentang friendly volleyball ngan Polis IPPD Mersing. Kali kedua jumpa ingatkan boleh "titik" tp nampaknya kitorang kena balik. Mau taknye, tu hari diorang punye "star" sorang je turun, tu pon cukup menjadikan team kitorang kelam kabut + serabut. Kali ni sekali 5 orang "star" diorang turun, bola tampar yang cantik berwarna warni tu pon dah nampak cam peluru meriam Cina zaman perang dunia pertama dulu je. Sape tak gerun... Sekali kena 5 set kalah bergaya tanpa sedikit pon rasa simpati diberikan kepada kami. Tapi kami tetap semangat dan berterima kasih kepada semua rakan-rakan (abang2 polis sekalian) yang sudi datang ke tempat kami semata2 hendak memberi kami pelajaran dan pengajaran berguna untuk kami dalam permainan bola tampar ini. Terima kasih gak pada Usop atas air bandung yang sgt sedap-tekak dah haus, air ape pon sedap- dan mee goreng yang disediakan atas jasa baik isteri beliau. Harap perkara ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang untuk memenuhi saranan kerajaan utk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas dan secara tak langsung dapat mengelakkan dari perkara tidak berfaedah.

Jumaat, 27 Februari 2009

MANIS + PAHIT + MASIN + ..... = MACAM-MACAM RASA

Rasa cam nak ketawa, cam nak senyum, cam nak dok diam2 je tak buat ape2, cam boring pon ade, cam nak marah, nak jerit, nak makan banyak2, nak macam2 lagilah...!
Apa yang sebenarnya terjadi kepada diri ini...? Adakah aku telah dijangkiti wabak MAMA'A (macam2 ada)...? ahhh....mussykil sungguh aku...

Ewan, ko nak aku buat blog tok x-ASMKTA? Tengok la nanti camne ye. Blog aky ni sendiri aku jarang2 nak update. Tunggulah aku ada masa tol2 lapang tanpa sebarang kerja ditambah dengan internet 24jam disampingku dan pelbagai faktor lain yang boleh membantu aku buat semua tu dengan lancar dan berkesan ok... Kalau ada aku inform kat ko e bro.

Khamis, 12 Februari 2009

KERJA vs TUGAS

Alhamdulillah aku masih lagi diberikan ruang dan masa untuk menulis di sini. Sekarang hampir tak berkesempatan nak buka blog ni pun... Mana taknya, dengan tugasan yang kian bertambah, digandakan lagi dengan kerja amali yang lain dan dicampur aduk bersama dengan tugas yang baru je diberikan semalam (kena pulak jadi Biro Aktiviti tok course yang aku ambik ni), jadi bertambah berserabutlah kepala ni dengan bermacam2 pengisian dan hampir tak dapat nak bezakan mana satu tugas dan mana satu kerja.

Jadi sekarang berkejar2 lah diri ini kesana kesini. Dalam masa yang sama masih buat2 macam takde apa2 je berlaku. Malas sebenarnya nak pikul tanggungjawab apa2 sem ni tapi dah terpaksa. Keputusan muktamad (bunyinya macam zalim...hehe). Memandangkan pointer lepas turun dari 3.72 (sem lepas) kepada 3.67 (sem ni), maka dengan itu dukacitanya dimaklumkan kepada diri ini sendiri yang aku terpaksa bekerja lebih lagi untuk menten pointer (target nak sambung lagi...) dan tambah lagi nak kena cari tempat praktikal. SAKIT KEPALA!!!

Tapi rileks... Aku masih ada masa. Kawan2 harap2nya dapat bantu aku. Aku tak dapat nak buat semua ni sorang2. Kawan2 penting... Tolong ye semua...heheheeee

Sabtu, 7 Februari 2009

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA...?

Gempar gak bila dengar berita si Karpal Singh (The Unthankful-man) 2 boleh nak menyaman sultan Perak. Agaknya dia dah gila atau nyanyuk kut. Atau die dah takbur sangat sampai semua benda kat Malaysia ni die nak bangkang. Kalau ye pun, beringatlah sikit wahai kamu... Memang dah namanya tak tahu nak berterima kasih sungguh die ni. Selayaknya die ditinggalkan di bumi Israel bagi berkawan dengan Yahudi (laknatullah). Entah apa lah agenda dia sampai kesitu sekali perbuatannya. Kalau rasa nak buat undang2 sendiri, bagus dihantar je ke Pulau Pisang biar dia buat negara sendiri kat sana. Semua orang salah macamlah dia betul semua! (geram pulak aku ni)

Kadang terfikir kenapa begitu beraninya makhluk yang sorang ni nak "melanggar" undang2 dan institusi raja di negara Melayu ni. Mungkin sebab dia (mereka) ni diberi banyak sangat keistimewaan sampai lupa untuk berterima kasih apatah lagi nak menghargai. Yang peliknya, macam manalah "kerabat" dia yang sama2 "bersetongkol" dengan dia ni boleh "kabur mata" melihat semua ni??? Adakah dia nak menjadikan negara Malaysia ni macam negara yang mudah diperkotak-katik? Parah gak bila Malaysia ni dah banyak melahirkan intelektual yang dah terlebih pandai macam dia ni.

Apa yang penting sekarang ni, bangunlah Melayu... Bangkit... jangan biarkan kedaulatan yang kita pertahankan selama ni tumbang dek "penumpang" seperti dia ni...

Rabu, 4 Februari 2009

Faedah Solat Berjemaah

Diambil ketika kuliah maghrib 2/2/09 lepas. Tak sempat nak tulis (sbb tak bawak apa2 alat tulis pun) jadi aku taip je kat handphone aku. Gunakan teknologi terkini dengan sebaik mungkin..(hehe...) Sebegaimana kita semua maklum, solat berjemaah akan diberi ganjaran 27 kali berbanding solat bersendirian. Tapi dalam pada itu, kelebihannya jauh lebih banyak berbanding ganjaran yang telah dijanjikan. Ini antara beberapa kelebihan atau faedah solat berjemaah yang sempat diberi penceramah hari itu untuk dikongsi bersama :

FAEDAH SOLAT BERJEMAAH
1. Dapat kelebihan menjawab azan dan dapat berniat bersama jemaah lain
2. Kelebihan untuk pergi pada awal waktu
3. Berjalan (pergi) ke masjid dengan ketenangan (tak perlu berebut dan kelam-kabut)
4. Masuk masjid dengan doa dan kaki kanan (bila tidak tergesa-gesa)
5. Dapat melakukan solat sunat tahhiyatulmasjid
6. Dapat menunggu solat berjemaah (pahala tetap berjalan selama mana dia berada/menunggu di dalam masjid itu)
7. Malaikat berselawat keatasnya
8. Malaikat menjadi saksi untuknya pada hari kiamat
9. Selamat dari syaitan apabila dia lari (mengejar jemaah) semasa iqamah dilaungkan

Ahad, 25 Januari 2009

Untukmu Palestin

Sebelum terlupa, nak tulis sikit tentang isu Palestin-Israel. Takut org fikir aku ni tak ambil kisah tentang isu semasa pulak. Honestly, aku memang kesian sangat dengan keadaan dan apa yang berlaku kat bumi Gaza sane tu. Sangat tak patut pulak rasanya bila tentera Zionis mengganas sebegitu rupa. Cukup tersentuh hati aku bila tengok orang2 awam, kanak2, dan wanita yang tak berdosa mati dengan sia-sia. Yang berlindung kat tempat yang dikatakan selamat pon jadi mangsa gak. Senang cerita, dah tiada tempat yang selamat lagi la kat bumi Gaza tu. Kalau dah namanya Yahudi,Yahudi gak lah...

Yang aku paling hairan + pelik, dalam sibuk kerajaan Israel keluarkan kenyataan yang serangan dilakukan atas sebab balas balik serangan roket dari Hamas (keatas kawasan yang kononnya dalam "negara Israel"), boleh pula si laknat Yahudi tu beramai2 menonton dari seberang Palestin sambil bersukaria dengan merakam, berpesta atas kesengsaraan orang yang tak berdosa di Gaza tu. Tiada langsung ke rasa simpati dan belas kasihan walau sedikit pun dihati mereka??? Tahu pula nak balas kalau kena serang, tapi bila menyerang tak beringat. Darah bagai pemuas nafsu bagi mereka. Seperti tiada langsung nilai murni di dalam jiwa mereka, hanya beranggapan semua tu sebagai permainan je. "KALAU DAH YAHUDI TU, YAHUDI JUGALAH MEREKA...!!!"

"LAKNAT YAHUDI!!!" "LAKNAT ISRAEL...!!!!!!!"

Permulaan Semester Akhir...

Here comes new semester... And now, i'm in last sem. Permulaan yang agak memeningkan kepala gak tapi bertahan jela. Azam semester baru: Nak naikkan lg pointer yang agak jatuh sem lepas. Target: Diploma Kemahiran... Dengan kelas yang dah berubah. Bilangan classmate pon dah berkurang (Bart dalam sejarah), lecturer pon dah bertukar sorang dua, pelajaran pon dah bertambah mencabar, tugasan yang mula bertimbun, tapi aku curi-curi gak tulis kat sini, saje nak hilangkan stress dan lepaskan apa yang terpendam kat jiwa raga ni...

Harapan aku pada diri sendiri, moga aku bertambah rajin dan fokus pada semester akhir ni. Jangan kalah lagi kepada perempuan ok..(hehe). Untuk kawan2, kita usaha sama2 untuk dapatkan yang terbaik utk sem ni ye. Sama2 kalau boleh kita dapat sambung utk Diploma lepas ni ok. Doa sama2 ye...=)

Ahad, 4 Januari 2009

Ahad, 4 Januari 2008, 4:35pm

I have nothing to write here just want to write something. Cuti yang dipenuhi dengan hujan yang sangat membataskan aktiviti luar. Nak merayap pun susah. Terperap je kat rumah. Waktu petang nak bersukan panaskan badan pun agak payah. Tapi takpelah, hujan tu bukan ke rahmat...=) Cakap pasal rahmat, teringat kat Nur Azlin Rahmat. Rindu pulak kat kawan lama sorang tu. Harap die sihat dan sejahtera selalu... Itu je untuk kali ni. Selamat memboringkan diri untuk diri sendiri...hihihihi