Isnin, 2 Mac 2009

5 SET STRAIGHT...!

"Fuh! Nak kate ape lagi kalau dah bola berdesup2 lalu sebelah muka... Buku bertemu ruas. Friendly ngan abang2 polis memang cukup mengerikan dan memberi pengajaran berguna utk memajukan lagi diri..."

Apa yang dikatakan kat atas tu sebenarnya tentang friendly volleyball ngan Polis IPPD Mersing. Kali kedua jumpa ingatkan boleh "titik" tp nampaknya kitorang kena balik. Mau taknye, tu hari diorang punye "star" sorang je turun, tu pon cukup menjadikan team kitorang kelam kabut + serabut. Kali ni sekali 5 orang "star" diorang turun, bola tampar yang cantik berwarna warni tu pon dah nampak cam peluru meriam Cina zaman perang dunia pertama dulu je. Sape tak gerun... Sekali kena 5 set kalah bergaya tanpa sedikit pon rasa simpati diberikan kepada kami. Tapi kami tetap semangat dan berterima kasih kepada semua rakan-rakan (abang2 polis sekalian) yang sudi datang ke tempat kami semata2 hendak memberi kami pelajaran dan pengajaran berguna untuk kami dalam permainan bola tampar ini. Terima kasih gak pada Usop atas air bandung yang sgt sedap-tekak dah haus, air ape pon sedap- dan mee goreng yang disediakan atas jasa baik isteri beliau. Harap perkara ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang untuk memenuhi saranan kerajaan utk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas dan secara tak langsung dapat mengelakkan dari perkara tidak berfaedah.

Tiada ulasan: