Sabtu, 1 November 2008

AHLI KELAB PEMIKIRAN RASIONAL SEMALAYSIA...

hui...terbaca dalam ruang discussion kat friendster, sekarang semua benda dan perkara pon boleh dipolitikkan. ape la salahnya kalau ada cadangan 2 diusulkan ke jalan yang betul. kemudian bergantung la pd pihak yg bertanggungjawab tok mengkaji da menentukan apa tindakan seterusnya samada cadangan tu boleh digunapakai atau tidak. tak kan la asyik nak "menghentam" pihak2 tertentu hanya kerana ketidakpuasan hati yg sebenarnya bukanlah satu perkara yg besar pun. kemudian kerana tu jg la ramai dikalangan kita bertembung, bertengkar dan bergaduh sesama kita. "musuh" pula sentiasa mengukir senyum atas "ketidakmatangan" pemikiran yg ditunjukkan. Rasulullah S.A.W dan Islam pun menyuruh kita bermusyawarah sesama kita untuk menyelesaikan masalah yg timbul bukan berkata yg bukan2 sehinggakan boleh menghancurkan sesama sendiri. bila seorang berkata, maka org disekelilingnya akan mendengar. yg bijak berilmu akan berfikir dn mengkaji setiap yg didengarnya itu tp bg mereka yg kurang bijak akan tercucuklah hidungnya dengan "subang" syaitan dan mengikut dan mengiyakan sahaja semuanya walhal dia pun tak memahami apa yg sebenarnya diperkatakan. Pegangan itulah yg akan dipegangnya dan menjadi "darah daging" yg akan diturunkan kepada anak cucu dan semakin dungulah keturunannya itu akibat pegangan tersebut. nampak mcm takde pape tp hakikatnya cam tu la. nampak kecil tp sangat memberi kesan. berbalik kpd semua perkara yg dipolitikkan, berfikirlah dengan matang sebelum membuat apa2 kenyataan. yg pastinya kenyataan yg di"post"kan disini nampaknya lebih kepada TREND dan terlalu terikut2. kita ada pendirian dan pegangan hidup masing2, tp kalau terlalu mengikut tanpa memikirkan sebab dan akibatnya, samalah kita seperti lembu yang dicucuk hidungnya(perumpamaan je...).kalau mam tu,dimana pegangan dan pendirian kita masing2? mengikut dengan membuta tuli tanpa mengkaji 2 sama je la dengan maksud yg kita telah "dimiliki" oleh org yg kita ikut tu. sebaiknya kita berfikir dahulu menggunakan anugerah Tuhan paling bermakna pd kita (manusia) ni sebelum anugerah ini ditarik balik dr kita. jgn kerana sedikit perasaan amarah dalam diri, kita menjadi "tidak waras" dan bertindak melulu tanpa memikirkan kemungkinan berlakunya perkara2 yg tidak diingini. FIKIRKAN SEBAB DAN AKIBAT dari tindakan kita ye. dunia ni dah tak lama lagi. bila2 masa pun boleh hilang. jd makmurkanlah dunia kita ni. sementara je pon. ade alam lain kat "sana" yg lebih "berharga" menanti kita jika kita "menghargai" apa yg ada "disini". nasihat kepada semua saudara2ku, sahabat2ku dan terutama kepada diri ini sendiri. semoga kita diberkati dan dilindungi Allah dari segala kejahatan dan tipu daya syaitan...Amiin.....
*tulisan ini bukan utk menyinggung mana2 pihak,sekadar mengamalkan maksud dari Surah Al-Ikhlas. dan tidak pula menyokong mana2 pihak kerana tulisan ini wujud kerana perhatian dan pemerhatian untuk kebaikan kita semua...salam sejahtera dariku untuk semua...