Jumaat, 19 Disember 2008

Hari Terakhir Seorang BART!


Dalam kenangan - Bart (baju biru)-


Hari ni berakhir sudah demam peperiksaan (final exam) bagi sesi 2/2008 -walaupun memang ramai yang demam sampai semalam kena sembur lg asrama ni bagi halau nyamuk-. Hari ni menyaksikan bermacam-macam peristiwa lain berlaku selain merdekanya peperiksaan bagi semua penuntut kat sini. Ada yang gembira sebab dapat balik kampung (lebih2 lagi yang tinggal jauh), ade yang suka sebab akan meninggalkan apa yang mereka gelar "penjara" ini, tak kurang juga yang berlinang air mata maratapi perpisahan sesama sendiri kerana tamat tempoh pembelajaran di sini setelah beberapa lamanya berkongsi suka duka, gelak tawa. Tapi bagi kami, student Teknologi Komputer (Rangkaian) 1/2008 pula menyaksikan kehilangan seorang lagi classmate yang merupakan classmate ke-7 meninggalkan kami setelah Bear, Azwa, Fiza (sekarang sem 1 semula), Loo, Hanif (MMU), dan Fatin (UiTM) dari 31 orang pada asalnya. Dan kini seorang lagi mengikut jejak langkah serupa Hanif & Fatin, Brat @ Badrul Hisyam atau nama sebenarnya Mohd Shafiq bin Mohd Noh kerana mendapat tawaran ke Politeknik untuk Diploma Pengaturcaraan Komputer (Sistem) di Politeknik Seberang Perai. Pelbagai reaksi dari rakan2 kelas dan yang paling ketara, semua merasai pemergian Bart walaupun selama ni dia lah yang buat orang sakit ati, dia lah juga yang buat orang tak puas hati, buat bising dan lain2 lagi "perbuatan sumbang" yang dilakukannya selama di sini, tapi dia juga lah yang buat kelas kami "gamat" dan "hidup". Kepala otak yang boleh pakai dan macam2 lagi lah. walau apa puncerita yang keluar kat sini, kami semua nak ucapkan selamat maju jaya dan selamat menempuh alam pembelajaran yang baru. Selama 3 tahun kat sana, jangan lupa kami ye Bart...hehe(^,^) Dan aku pun nak ambil kesempatan kat sini nak minta maaf jika ada apa2 pun kesalahan aku pada kau Bart. Ape pon, GAMBATE!!! dari kami...

Tiada ulasan: